Wednesday, June 24, 2009

Siswi UKM maut

Terkejut semalam dengar berita ada student jatuh dari bangunan asrama. Simpati dan takziah kepada keluarga arwah. Maklumlah anak boleh dikatakan baru tamat belajar. Baru nak berseronok2 dengan keluarga selepas tamat belajar. My sister yang pernah tinggal di situ bagitau, mereka biasa memanjat tingkap untuk mengambil kain yang terjatuh. Kemungkinan besar, rasanya...dia terjatuh ketika nak ambil kain/ampai kain etc. Agaknyalah...kalau betullah macam tu, rasanya tingkap di asrama mesti berpalang ke etc sbb walaupun diorang ni cerdik belaka, tp mereka berani...kadang2 benda yang dah biasa buat, tak rasa gayat lagi. Wallahhualam. Jangkaan awal je ni. Semoga roh di rahmati Allah. Al-fatihah.

Friday, June 5, 2009

Sutera Kasih - In-Team


Sutera Kasih - In-Team

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya