Wednesday, May 26, 2010

Mak, kenapa mak asyik cuti jer??

Tulah dia...kali kedua anakku merungut masa nak pergi sekolah. Dia tengok abah dia gi kerja, dia pergi sekolah tapi maknya hanya pakai baju kaftan. Munkin sejak sebulan ni aku banyak berkurung kat rumah. Konon nak pulun belajar. Anyway, tu lah dia anak sekarang. Tak biasa dengan mak yang tinggal di rumah (suri rumah). Padanya, dua-dua kena kerja. Munkin dan sebenarnya dia tak puas hati sebab dia kena bangun pagi-pagi, mandi etc. Tak puas hatilah tu....

Tuesday, May 11, 2010

Penat dan sayu...

Tadi mengemas pakaian...banyak baju kurung yang dah tak boleh pakai, yang boring untuk dipakai, yang koyak....semasa memunggah kain yang bertimbun, tiba2 terjumpa satu plastik..bila tengok isi dalamnya.....rasa sayu sangat....kain lampin dan selimut bayi...anakku punya...sekarang dia dah besar...tapi masih belum beradik...lama dah rumah ni tak dengar tangisan baby.....tiba2 teringin sangat nak baby...tak kiralah walaupun masih belajar....nak baby lagi.......Ya Allah, kuniakanlah kami dengan dengan anak2 yang soleh dan solehah....Amin....