Friday, November 20, 2009

Izzati gembira disalut kesedihan -Utusan 20 November

Tatkala selesai membaca berita ni, berkenaan pelajar tak dapat pegang slip upsr kerana tak bayar yuran serkolah RM57. Kasihan. Apalah salahnya kalau setiap guru sekolah tu, kutip 50 sen sorang ker, rm1 sorang ker atau ada individu cikgu terutamanya si guru besar ker, atau guru2 kanan tu ker, cikgu bujang ker tolong bayarkan yuran. Tak delah masuk berita. Bukan rm500...rm57 jer...ALahai..

Apa2 pun, untuk keluarga izzati tu, apa salahnya bayar yuran tu beransur2. For sure pihak sekolah memahami. Apa salahnya sekurangnya rm10 ker sebulan, tak mampu..rm 5 ker sebulan,etc tunjuklah kesungguhan nak bayar...ni tidak......buat tak endah jer....munkin nak bagi contoh kot kat anak2 kalau pinjam (cth ptptn/mara), tak yah amik tahu....wallah hualam.

Tuesday, October 27, 2009

Empat termasuk bayi maut kemalangan di Kilometer 1.5, Jalan Pinggiran Selatan Kajang-Dengkil dekat Putrajaya -Kosmo Online


Semalam, semasa balik ke rumah, bertembung dengan suatu kemalangan ini. Ramai orang berhenti. Sekilas, nampak kereta berwarna kelabu yang remuk di bahagian depan (bukan kancil). Tak pandang sangat, sbb takut menyesak jalan raya. Hati berkata kenapalah ramai sgt org berhenti. Both sides pulak tu. Bila baca berita pagi ni,kesimpulan boleh dibuat... betapa teruknya driver perempuan yang patah kaki tu kerana keretanya boleh 'terbang' ke jalan bertentangan. Entah kelajuan mcmn agaknya perempuan tu bawa. Bayangakan, jalan tu ada 3 lane (jalan ke arah picc dan juga ke alamanda). So kancil dari alamanda (keluarga malang tu), perempuan tulak dari picc. Agak2nya, mcmn kereta perempuan tu boleh ada di jalan yang opposite, jalan yang kancil guna, Jalan besar dan boleh dikatakan straight lak tu...mesti laju gila perempuan tu bawak....tak pasal2 mati org dibuatnya.....

Jambatan gantung Kuala Dipang runtuh, 22 dikhuatiri hilang

Terkejut pagi ni terbaca berita ni. 22 dikhuatiri hilang. Baru tadi di utusan satu pelajar india ditemui. Mati. Bayangkan perasaan ibu bapanya, dan ibu bapa bagi 21 lagi pelajar yang tidak diketahui untung nasibnya. Hanya Allah yang tahu. Sangat sedih, sangat geram, sangat marah, sangat kesal dan pelbagai lagi. Duit boleh dicari tapi tidak nyawa, apa lagi anak sendiri.Kalau betulllah jambatan tidak mengikut spesifikasi, hanya nak untung sendiri, yang terlibat layak digelar pembunuh, pengganas. Kalau diambil nyawa, disiksa, atau dipenjara sekali pun, belum tentu, anda dimaafkan. Mcmn nak hidupkan org yang dah mati?

Thursday, October 22, 2009

Sejadah berdiri -hanya pandangan

Lately, banyaklah pulak keluar pasal sejadah berdiri. Maka, alakian, berbondong2lah rakyat setempat datang melihat. Dan munkin juga pelbagai versi disampaikan. Betul atau tidak sejadah berdiri, kita tak tahu. Hati ni merasakan mcm ada org main2 jer. Anyway, kalau berdiri sendiri pun, itu kuasa tuhan. Tak perlu nak terkejut. Munkin peringatan. Maklumlah, ramai tak solat dr yang solat. Kalau solat pun tak lengkap. Kalau dah berjalan, bershopping dan mcm2 hal dunia, hal solat diringankan. Almaklumlah, telekung wakaf tu dah berbau..malaslah..atau pun, alamak, baju ni dah kotor..qada jelah kat rumah...banyak..tak payah tgk yg muda, yg makcik2 tu pun..walaupun dah ke mekah buat umrah, buat haji, tak kuat menjaga solat...anyway, pasal sejadah berdiri ni, tak perlulah nak dibising2kan sgt...kalaulah terjumpa, apa salahnya, kita kutip dan lipat, simpan balik dlm almari ker rak ....

teringat kenangan masa duduk di asrama dulu...ada kes awan membentuk ayat Allah, etc....masa tu ramailah yang menangis2 takut...yg tak pakai tudung pakai tudung...termasuklah cikgu2 nya....bila difikirkan mmg mcm pelik. yelah...bentuk awan bukan ker abstrak...we can imagine many other things ..ada bentuk binatang, raksaksa, lord of the ring pun buleh...apa2 jerlah..tapi masa tu ramailah pulak takut sampai demam.......kalau betulllah mmg Allah berkehendak awan menjadi tulisaan ayat2 Alah dilangit..ia merupakan peringatan kekuasaan tuhan....tapi apa yg berlaku iman bermusim...bila dah reda, tudung pun dah ilang ntah kemana....munkin itulah manusia, iman turun naik...kena selalu dok peringat......Ya Allah, hidupkan aku dlm iman, dan matikanlah aku dalam iman.S ebut pasal mati, pagi tadi, mimpi cousin yang dah pergi pada usia yang muda.. Mana sangka dia boleh pergi dulu...walau tahu dia ada penyakit berkaitan jantung, tp bila melihatkan tubuh dia yang tinggi dan tegap, tak sangka dia boleh pergi dalam usia yang muda..awal 20an..tulah, mati menjemput bila2 masa. tua, muda, sihat atau sakit....Al fatihah untuk cousin Che E, dan kawan2 yang telah pergi G (meninggalkan isteri dan anak2), Sal (yg ketika itu menyiapkan master di UPM) dan Ayu, rakan sepermainan kerana denggi berdarah.....

Thursday, October 15, 2009

Selamat duit $25

Happy betul hari ni....hikmah balik rumah waktu tengah hari..3 tahun cari paper tu...memanglah jumpa..tapi tak sanggup nak beli......terasa mahal....until yesterday...baru decide nak beli..but still teragak2...kedekut betul aku ni rupanya...terasa mahal betul..$25 untuk 8 pages..elektroniklak tu.....kalau ringgit malaysia...bolehlah...ini nak dekat rm100. sayang betul...and tadi memang...dah berkeputusan dah..mesti beli..ntah cam ner...tangan ni masih juga nak mengoogle..nak yang free...mana tahu ada hamba Allah yang suka mengshare..

hari ni..kul 2.28pm tadi...first page. jumpa...alhamdulillah....selamat duit aku..thanks google..and mit people yang scan and share the article...and most of all,to Allah..yang menggerakkan hati ni untuk menggoogle kesekiankalinya (mcm2 cara dah digunakan utk menggoogle)...Alhamdulillah..

Monday, September 28, 2009

Balik kampung, balik raya

This year, my turn balik kampung sendiri...memang seronok..biarpun rumah kecil, biarpun rumah usang, biarpun pah dan tuk dah tak de, biarpun kawasannya hutan, biarpun tak de tv....tetap seronok balik kampung jugak.. tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat/rumah dilahirkan...

yang paling seronk, ialah tak de tv..so tak de saper lah yang melangut depan tv masa raya, internet connection pun tak berapa baik...(heheh sian kat suami ku...)so fokus memang 100 peratus pada famili...walaupun tak ramai, sbb hanya keluarga mak dan mak nyah jer, tp tetap seronok....biarpun bilik air satu, ..bergilir2 nak masuk bilik air..

this year, mandi sunat hari raya bermula pukul 4.45 pagi lagi..yalah, ahli dlm rumai ada 19 orang..andaikata 10 minit sorang dlm bilik air ..dah 3 jam 10 minit...target semua siap dalam kul 8-815 pagi...and this year first time, kitorang sampai masjid awal.......org baru nak pasang mikrofon untuk takbir raya, ...awal....tak macam tahun2 lepas....kelam kabut jer...dgr citer, last year tak sempat solat raya (masa tu beraya rumah mentua) lagi..

ada benda lain nak share...sebenarnyq, perasaan bila balik kampung tu, tetapi masa tak mengizinkan. kerja kerja...

Tuesday, September 1, 2009

Perbezaan Umur bukan penghalang

Tadi, terbaca artikel dari utusan dengan tajuk diatas. Wah, terlintas difikiran akan anak jiran yang kini bercinta dengan cikgu perempuan yang jauh lebih tua. Lelaki, 19 tahun manakala perempuannya 38 tahun. Secara logiknya, mana-mana ibu mesti tak setuju dengan pilihan anknya. Pertama, terlalu muda nak bercinta, masih belajar. Kedua, pasangannya jauh lebih tua,dan ada 2 anak lagi. Ibu mana akan gembira bila satu-satu anaknya bercinta dgn perempuan yang jauh lebih tua. Bayangkan lah bila lelaki 30 tahun, dan prm 50 tahun? Tp cinta itu butakan. Harap2, mereka dapat mencari pasangan yang lebih secocok. Munkin si lelaki/perempuan, tak terfikir masa depan. Seronok dgn kemewahan (si lelaki masih tak bekerja) dan rasa cinta sekarang. Tetapi perkahwinan bukan sehari, setahun.lima tahun. tetapi sehingga akhir hayatkan. So kena fikir masak2....soalannya, time susah dan senang,, bolehkan bersama?

Sunday, August 16, 2009

Di hotel regency, Kuala Lumpur

Follow my husband. Hmm what can I say about this hotel. First, may be about our room rate which for me quite expensive for weekdays. Single bed quite small. Second, the good part, I like the location. Dah lama tak jalan2 di jalan tar. Tapi banyaknya muka bukan orang malaysia. Rasa kurang senang pun ada. Macam tak selamat. Tak boleh lari dari sifat prasangka buruk. Naturalkan. Third, parking area disediakan. But we have to walk outside the building to enter the lobby. Leceh. Fourth, I like the tv. On the wall.Fifth...I have to stop. Ada kerja lain nak dibuat.

Tuesday, August 11, 2009

Bersihkah Kota Bahru?

Have been in Kota Bahru several times before. my first visit was about 10 years ago. banyak berubah. roads, buildings. hmm not many I can recall now. Anyway, I proud of the name 'bandaraya islam'. Semestinya, the town and people should show how diffrent they are compared to others.

One thing about kota bahru is cleanliness /kebersihan. the town is not clean. Definitlely this is not islamic way. May be laa..ada improvement but still,masih kelihatan kotor. For example, pasar mpkb. If we eat there, especially near stairs, pls look up, banyaknya sesawang. I believe the prepared food is okay, but the scenery cannot invite org luar to come makan. Local people munkin since they see this view everyday. Munkin sbb hari2 nampak sama, maka tak nampak cacat celanya di mata mereka. Itulah masalahnya. OKlah, harap ada perubahan dalam next trip.

Wednesday, July 29, 2009

Balik dari Macau



Dah lama dah ..4 days ago. Alhamdulillah....sihat. So nak cerita pasal macau, sepanjang 7 hari di sana, kami diberi apartment...alhamdulillah..complete. So pasal mkn ok kut. Kitorang masak. Beli nasi, beli sayur...cuma tak beli barang basah lain sebab tempat yang halalnya kitorang tahu lewat sikit..dah nak balik. Anyway,nak tunjukkan kebab iran yg kitorang beli. Harganya 22 patacas =rm10-11. Tapi kalau beli kat restoran dia yg berdekatan dgn tempat tourist, harganya 25 patacas. Kedai iran ni ada dua tempat..dan dua tempat ni jelah tempat makan halal di macau...

Shopping kat sini?....hmmm munkin barang tertentu je kut mcm barang elektronik dan munkin gelang kristal...ada murahnya...barang basah, minuman kotak, memang mahal......just nak bagitau, air jus ala2 peel fresh tu, yg kotak paling gemuk dan besar, harganya 36 patacas....lebih kurang rm18....tat telur, kitorang beli kat kedai kat sana, dalam 6.50 patacas..maknanya dlm rm 3 (tapi sedap betul rasanya....tak kisah mahal pun)....so kalau nak shopping, barang tertentu jer...this is only my opinion....

Tuesday, July 21, 2009

day 3 in macau

Kami sampai di macau pada Ahad lalu. Flight delay sbb ada taufan kat macau. Hari pertama dan kedua, cuaca mendung. But today, cuaca agak baik. Datang sini visit UNU-IIST. Kami disediakan apartment oleh institute. Alhamdulillah, quite spacious and complete. Boleh masak dan boleh basuh kain. Semua disediakan.

Bab makan mmg ada problem. Tapi since boleh masak, kami beli ler beras. Makanlah apa yg patut. Dari Malaysia dah mcm2 bawak. kari kambing, kari ayam, kari lembu. Semua ada. Oklah kut untuk 4 hari lagi ni.

Town kat sini, nampak padat. Bangunan rapat2. Tinggi2 juga. Parking kereta bawah bangunan. People kat sini ok. Berjalan dgn amanlah (sbb nampak pakcik tua jalan pakai tongkat kat dlm pekan, nenek bawak cucu jalan, etc. ) Kat sini, tgk orang nya ikut peraturan.. mostly. Kalau melintas, tunggu lampu hijau dulu. Melintas pun kat laluan untuk melintas. Jauh benar kalau kat KL tu. Lagi satu, ada yang jaln2 dlm town bawak anjing, tp anjing tu dikawal, tak lepas gitu jer so taklah rasa seriau jln tepi anjing tu. Kira oklah.....satu jer rasanya masalah besar. Bahasa dan tulisan. Tak ramai tahu english. Teringat aku masa jln2 kat italy dulu. So tak berapa berani nak jalan without map...

oklah till next time.

Wednesday, June 24, 2009

Siswi UKM maut

Terkejut semalam dengar berita ada student jatuh dari bangunan asrama. Simpati dan takziah kepada keluarga arwah. Maklumlah anak boleh dikatakan baru tamat belajar. Baru nak berseronok2 dengan keluarga selepas tamat belajar. My sister yang pernah tinggal di situ bagitau, mereka biasa memanjat tingkap untuk mengambil kain yang terjatuh. Kemungkinan besar, rasanya...dia terjatuh ketika nak ambil kain/ampai kain etc. Agaknyalah...kalau betullah macam tu, rasanya tingkap di asrama mesti berpalang ke etc sbb walaupun diorang ni cerdik belaka, tp mereka berani...kadang2 benda yang dah biasa buat, tak rasa gayat lagi. Wallahhualam. Jangkaan awal je ni. Semoga roh di rahmati Allah. Al-fatihah.

Friday, June 5, 2009

Sutera Kasih - In-Team


Sutera Kasih - In-Team

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Tuesday, May 26, 2009

Received Phone Calls

Zaman canggih manggih ni, senang jer org nak buat promotion, jual baranglah, jual insuranlah, jual membershiplah..termasuklah berita kemenangan...penipu ada, penyangak ada...sampai tak tahu nak membezakan mana satu yg jujur...

ceritanya semalam....terima call...nombor tak tertera di skrin, tp biasalah...aku layan jer...dia kata dia dr celcom..kata ada mcm cabutan bertuah ker apa..kurang pasti..kata aku menang rm5000...bedebar jugak hati. maklumlah duit bedebup.....walaupun hati sangsi...cara berckp tak profesional, slang bunyi indon....aku terus melayan..dan slang nya semakin ketara, tak profesional makin ketara...dia mintak no akaun maybank....ada atm something..dia siap tanya dekat ker tidak dia nak masukkan duit sekarang juga....aku kata tak de..memang tak de pun..siap dia tanya kalau ada kawan atau famili yg ada akaun maybank.....sekali lagi tanyakan atm. dahlah bahasanya slang bukan org malaysia, berkeras nak masukkan duit dalam akaun maybank, bank lain tak boleh....ada ka..aku kata tulis jer cek...mana2 bank bole terima....dia tetap dgn maybank dia....siap dia mintak topup 100 lagi...adaka.....mmg tak pro langsung..akhirnya bila aku kata aku tak kisah pasal duit....kalau nak bagi, tulis cek....ada ka dia tanya nama lagi....dah kata kita menang dia boleh tanya lagi..nampak sangat pembohong besar...anyway akhirnya dia letak telifon....penat agaknya..habis duit menalipon tp umpan tak mengena ....

dan hari ni pulak, lain ceritanya terima call kononnya offer dari AIA..pelan insurance 9 tahun...mcm ada joint venture dgn celcom, caller bunyinyak ramah...tp bab insurance ni..mmg tak minat dah...apa lagi bukan takaful...haram...jadi memang tak amik pot..cuba tolak dgn baik..alhamdulillah..dia terima...actually dah byk terima call cam gini, tak sampai hati nak terus letak telefon..so layan jelah..lepas tu berusaha dgn cara sebaik munkin utk menolaknya...ada sekali tu, caller tak faham2, .....tp seboleh munkin aku tolak cara baik.....

Thursday, May 21, 2009

Today is my boy's birthday


Pertama kali buat di tadika dia. But mintak tolong cikgu dia yang handle. Tak pandai melayan budak2. Selain tu...ni ha...kerja report masih tak siap lagi..waaaaaaaaa.

Back to cerita hari jadi hari ni....tempah kek yang ada ben10. Dan sediakan sedikit door gift untuk kawan2 yang lain.....ala kadar jer.....harapnya diorang okay dgn semua tu.....tp dalam hati ni mengatakan bahawa ibunya ni..patut berada di sana juga........tp apakan daya, reasons kat atas tu...menahan. ..apa2 pun happy birthday my son...semoga dirahmati, diberkati dan dilindungi selalu olehNya..AMIN.

Tuesday, April 28, 2009

ASB dan ASW2020 dari PNB: kenapa kuata bumiputa tak penuh-penuh??

Sebab utamanya, kebanyakan bumiputra beragama Islam. Sebab tulah ramai tak masuk. Sebab halal haramnya diragui....ASB, hukumnya harus, mengikut fatwa kebangsaan, tapi ada juga yang tak yakin, bila tak yakin syubhah, bila syubhah, haramlah jawabnya...Saham-saham yang lain, mana ada panel syariah yang memantau pelaburan yg dijalankan. Kalau ada.....InsyaAllah, bilangan pelabur bumiputra definitely akan bertambah....Soalannya, saham2 untuk bumiputra ni, kenapa PNB buat dek jer dgn spec yg kebanyakan bumiputa nak. Macam kita buat sistem atau application, ada target usernya, kenalah penuhi requirement dia. Kalau tak fulfill, memanglah system tu tak leh guna. Tu yg sampai sekarang saya tak faham, kenapa saham, khas utk bumiputra tp tak ikut spec kebanyakan bumiputra...Tak faham tak faham....Sbbb bagi kebanyakan bumiputra ....mencari yg halal adalah fardhu...

Wednesday, April 22, 2009

Almost hit!!!

Pagi tadi mujur tak langgar penunggang motosikal masa nak pergi kerja. Near simpang kat Alamanda tu. Angkat tangan lelaki tu. Marah betul dia. Betul, sumpah aku tak nampak. Mohon maaf banyak-banyak.,ya pakcik. Betul ni. Cuba tak buat lagi. Sorry sangat.

Putrajaya, memang provide laluan motor. Tp diorang tak pernah guna. Sebabnya, jln motor tak de maintenance. So penunggang motor, takut tayar pancit, atau tergelecek jatuh sbb pepasir, ambil laluan keta....Alangkah ruginya. Dah berhabis duit sediakan jalan, tp tak dapat guna.

Oh ya, berbalik kepada topik, petang tadi pulak, almost terlanggar biawak yang melintas jalan. Panik. Taknaklah melanggar binatang tu, so tindakan spontaneous, tekan brek....mujur keta jenis bagus. Thanks to Nissan. Dan mujur juga tak ada kenderaan kat belakang. Ntahlah, rasanya tak kena kut, sbb bila aku jalan semula, tak rasa mcm melanggar sesuatu. Nak keluar check, tak berani....

Thursday, April 16, 2009

ayam dan kucing

hari ni, tertinggal beg tangan di rumah. lepas hantar anak, balik rumah dulu, makan spaghetti semalam as breakfast sambil tgk anastasia kat star movie, pas tu bergegas sidai kain. hhmmm...ada ayam jantan kat luar rumah..ada tahi ayam atas simen...ada bau tahi kucing kat tepi rumah dan pagar.
tension..tension..mcm duduk kat rumah tak berpagar lak..duduk kat taman..tak bela ayam..tak bela kucing.....tp semua ada ....balik nanti, kena basuh lagi ......yg paling menyakitkan hati ialah tahi kucing...kucing zaman ni, tak pandai nak korek lubang, membuang mcm tu jer....tak de kambus2 ...ketul ada, cair ada..ikut suka hati jer..bau..jgn cakap..memang berbau.........kalau lah kunampak ketika membuang tu, mmg kurembat dgn penyapu........

Saturday, March 28, 2009

masa depan yang menakutkan

semalam, ima, my sister tunjukkan a few clip video dalam you tube. keywords pelajar perempuan bergaduh. masyaAllah.....banyaknya...teruknya pelajar..anak muda melayu sekarang. tengok pelajar melayu..sahaja..tak tgk yang lain since yang melayu ni pun cukup meloya, mengjengkel, merisau, menakutkan aku....bagaimana pelajar, anak belasan tahun ni , perempuan boleh jadi macam tu. bergaduh di bahu jalan. bukan sekadar bergaduh, siap bertumbuk, sepak terajang, tudung di kepala habis tercabut...ganasnya....dan bukan sahaja berlaku di bandar, malah di kawasan kampung.2.. dan yang paling memalukan, antara punca gaduh adalah kerana rebut teman lelaki...waduh. kecil lagi dah pandai......semua tak fikir masa depan....apa lagi fikir pasal mati.....

zaman berubah...tp perubahan yang berlaku adalah menakutkan...kalaulah aku mempunyai kuasa, memegang tampuk pemerintahan, aku berkuasa membuat arahan, antara agenda utama ialah selesaikan masalah remaja ni..pastikan usaha yang gigih, berterusan beserta penguatkuasaan. dan juga kenal pasti remaja2 tersebut...every single one...didik mereka, asuh mereka...sedarkan mereka.....memang macam impposible....tp kita kena buat.

saya pasti, kalau kita perhatikan atau selidiki, siapakah ibu bapa atau penjaga kepada remaja-remaja ini, itu ada yang tidak kena..sama ada tak mengambil tahu hal anak2, sibuk mencari duit...(kita selalu fikirkan keluarga kaya, perniagaan besar-besar, pernah tak kita fikir, ibu bapa yang tak kisahkan anak ni juga terdiri dari golongan peniaga kecil....penjual nasi lemak, penjual kuiah ata dpenjual di pasar malam. sibuk nak cari duit tp terabaikan anak2. tak tahu anak pergi mana atau terlalu banyak membuat assumption, anak dia baik sbb dah dihantak ke sekolah agama) , ataupun perangai mereka, atau sejarah lama mereka, baru kita tahu mcmn anak boleh kadi macam ni....but..anak2 jgn nak menyalahkan ibu bapa..dah mumaiyiz, dah dapat fikir mana yang baik, mana yang buruk.....seharusnya tak berlaku perkara-perkara yang menyalahi agama dan moral...oklah..bila tgk video clip tu, rasa sesak nafas dibuatnya....risau akan anak yang bakal ke alam persekekolahan.....Ya Allah, lindungilah kami, keluarga kami, dan umat islam umumnya daripada perkara-perkara buruk lagi hina...Amin.

Friday, March 27, 2009

Earth Hour Malaysia

Sebelum Sydney, saya pernah terfikir bagaimana kalau dunia sepakat, offkan electricity for a certain time, and look what will happen. So Sydney did...And us will follow on this saturday....offkan at least semua lampu for an hour. 8.30-9.30pm. Lets do it. Together.

Thursday, March 19, 2009

Day 4 bersama JDM5

Hari ni lupa bawa jus ke ofis. So cadangnya lewat ptg ni minumlah lah , kat rumah. So far ok kut. Actually susah betul nak ikut menu ketat JDM3 tu..cuma pastikan jumlah kalori intake jer kut.....terlebih sikit2 tu adalah kut....but this morning penimbang kat rumah tu kata 64kg...kira satu pencapaian jugaklah ...tp tak caya sgt dgn penimbang ni..sbb +-500gm tu mmg biasa. so ptg ni kalau timbang ntah berapalah..sbb total kalori intake hari ni dah agak byk ..dah 1000kkalori....minggu ni pulak balik kg..tak tahu mcmn..tak seronok juga diet makan bila kat kg...munkin tak amik jdm masa weekend ni, just kurangkan separuh makan dari biasa...memadailah kan?

Wednesday, March 18, 2009

Sekolah diarah rampas telefon bimbit

Antara tajuk berita hari ni. Setuju sangat. Patutnya dah lama perkara ni dikeluarkan. Hp ni mcm aksesori. Barang kemas. Boleh berlaku kecurian di dalam kawasan sekolah. Luar sekolah apa lagi. Sebagaimana pelajar perempuan tak boleh memakai barang kemas ke sekolah begitu juga dgn hp. Mahal tu.....satu lagi, harga hp pelbagai....ada murah, ada mahal,...dan tak semua pelajar ke sekolah bawak hp...bukan ke iini menggambarkan status latar belakang keluarga yg berbeza. mcm sorang pemanggil dalam radio IKIM pagi tadi, 'NAK MENUNJUK EK.' kata seorang ibu anak lima. alah...biasanya org miskin yg suka berlagak, org kaya biasa2 jer mcm org kg ke bandar yg lebih bandar dari org bandar'i, itulak kata2 yg balas balik bila kita sebut pasal berlagak...anyway apa gunanya pakai pakaian seragam sekolah....

memang, anak masih bersekolah tadika...tp bila kerajaan kata, jgn bawak hp..saya ok. setuju kerana tak sanggup tgk bebudak sekarang, yg belum masanya tertengok benda2 yg tak patut dilihat...lama2, tak sengaja jadi biasa,, itu yg saya tak mahu...saya tak mahu jiwa yg suci bersih ini tercemar dengan perlakuan tak senonoh dlm telefon bimbit.....mrk tak buat..tp dapat juga tgk..sbb ...kawan forward...atau ntah sape2 forward....lagi satu, masa sekolah, 7.30am sampai 1.30pm..straight budak disekolah, kalau kita tgk jadual, mana ada gap antaranya, kecuali waktu rehat utk mkn.so bila masa kita nak call dia, dan bila masa dia nak call kita....dia bersama kawan2 dan cikgu2 disekolah......BELAJAR. So, ibu bapa boleh pastikan keselamatan dia di luar sekolah. Guru2 diamanahkan menjaga pelajar di dalam kawasan sekolah. Ibu bapa pastikan dia sampai kesekolah. Dan tak ponteng. Ambil tahu dgn cikgu2. Ntah2 anak ponteng sekolah ker, bergaduh ker, kena buli ker etc. Pastikan anak balik pada waktunya. Keyword kat sini, AMBIL TAHU, AMBIL BERAT. Ambil tanggungjawab.

Btw, kalau ada hp, langkah anak2 ni pjg sikit. Masa sekolah boleh bincang utk ponteng kelas. Senang. Network katakan....

Tu lah dia.kita ibu bapa just tak bagi anak bawak hp ke sekolah jer...masa2 lain terpulanglah. Nak bagi 2 3 hp pun apa salahnya. Anak memasingkan....Ada caller IKIM.FM tadi...seorang bapa sarankan ada GPRS dulu sblm ban kan hp. Ridiculous idea betul...Nampak sgt seorang bapa yg mals buat kerja. Nak mudah jer..... Tetiba saya terfikir, no ..saya melihat kelakuan org dewasa, yg saya percaya mempunyai anak2 yg sedang membesar.....tak memberi teladan yg baik. baran, tak rasional, menipu, kaki ponteng, membodek, buang sampah merata2 dan seribu satu mcm masalah..tu belum lagi dari segi main kayu tiga, kayu empat kayu lima dan mcm2... tu sbbnya kita lihat anak2 ni perangai nyer mcm tu..bapak borek anak rintik katakan....oklah
teman byk kerja..byk benda nak tulis.tp idea berterabur..susah juga menulis ni kan?

Monday, March 16, 2009

Day 1 with Jus MATE 5

Hubby yang belikan. Suruh aku kurus. Yelah, munkin dah tak larat lagi tgk muka dan badan tembam + tembun ni. So apa lagi terimalah dengann nyiru yang ditadahkan. Sbb mmg teringin nak kurus, dan org dah tolong belikan some more. So cuba jelah dan hari ni adalah day 1. Setiap kotak ada 20 paket kecil. Maknanya 1 kotak tahan 20 harilah. Kononnya kalau ikut saranan diet JM5 dengan betul boleh turun antara 5-10kg bagi setiap kotak. Byk tu in 20 days. Hmmmmm the iklan is too good to be true. Tp kita cuba ok? So pagi tadi minum alpja lipid cam biasa. Amboi.....mahalnya gaya hidup baru sekarang...lum makan lagi..tp kul 10am ni ada seminar, meaning ada kuih2...mkn sikit....apa salahnya kan....oklah tgklah macam mana hari ni...dapat tak teman berpuasa hanya dgn 1000kcal per day?

Wednesday, March 11, 2009

Beza klinik melayu, klinik india

Tekanan darah tinggi mak agak tinggi. Doktor kat hospital suruh mak check tekanan darahnya every two tree days. Di tempat baru di Seri Iskandar mak dan bapak nak cuba tiap tiap klinik yg ada. Mula-mula mak dan bapak try gi klinik doktor nya berbangsa india. Untuk check tekanan darah. "Berapa bayarannya?' tanya mak. Doktor tu cakap, 'Tak payah bayar.' Lega mak dan bapak....Well next few days, bapak kata kita try klinik ni pula. Klinik doktor berbangsa melayu. Sekali lagi, berapa bayarannya, mak tanya. '4 ringgit'. Ha tu dia.....Memang tak banyak, tp ada chargenya utk servis membaca tekanan darah.

Bukan nak membezakan ke apa. Tapi just nak memberitahu, kita jangan ingat bangsa lain tu semua mencekik darah. Semua nak duit jer. Pernah sekali, ku dibantu oleh seorang yg berbangsa cina untuk naikkan cermin kereta (cermin tak boleh naik) tanpa bayaran di kedai kat kawasan bangi.

Kesimpulannya, manusia sama sahaja. Ada yang baik dan ada yang jahat. Jahat atau baik seseorang tu bukan ditentukan oleh bangsa. Bersangka baik, insyaAllah kita dilindungi.

Tuesday, March 3, 2009

Zakat pendapatan bagi yang Cuti Belajar....

Just nak maklumkan kepada yang masih keliru ...petikan emel dari MAIS.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Untuk makluman pihak puan, elaun yang diterima adalah termasuk sebagai pendapatan. Sekiranya elaun tersebut telah cukup haul (tempoh setahun) dan cukup nisab (RM6,400 setahun) maka elaun tersebut wajib dizakatkan. Sekiranya pihak puan kurang jelas dengan penerangan tersebut pihak puan boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di talian 03-55227777 atau layari laman web di www.e-zakat.com.my untuk mengetahui kaedah pengiraan zakat pendapatan. Semoga zakat yg akan / telah dikeluarkan akan mendapat keberkatan rezeki dari Allah S.W.T.
Wassalam.

Bahagian Khidmat Pelanggan
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

First time......

Today, pertama kali kami membenarkan our son join group lawatan tadika. Last year tak benar, this year nak tak nak bagi kebenaran. Kalau tak dibenarkan, takut dia tak dapat exposure macam bebudak lain. so terpaksa yakinkan diri dan hati ni bahawa anak dah boleh jaga diri. Ya Allah, lindungilah anakku dan kawan2 nya dari sebarang bahaya. Amin.

Wednesday, February 25, 2009

tiada mood.....melayari internet

aduh...geram betul hari ni....kenapalah malas sangat...banyak kerja nak kena buat tu...banyak benda nak kena faham...kenapa benda lain juga yg dibuat..harap2 mlm ni dapat pegang buku...moga2 amin...tgk esok macam mana.

Thursday, February 19, 2009

lega

alhamdulillah, pagi ni kami okay. tak lewat. moga2 berterusan..

Tuesday, February 17, 2009

lewat lagi

hari ni lewat lagi menghantar anak. biarpun tak selewat semalam, tp lewat juga. semalam lagilah lewat, siap pagar dah kunci lagi....walaupun, pihak tadika dulu mention pagar akan dikunci pukul 9am, tp diorang kunci awal. ada rasa kesal jugak kat hati. tapi..apa2 pun like my hubby said, our fault. mmg kami lewat.

dan hari ni pun lewat juga tp pagar belum kunci lagi. anakku pula buat muka extra monyok sbb baju dia lain dari pelajar lain..aku pakaikan baju lama sbb baju baru dia kubasuh....dia dpt semalam....biasa kitorang basuh dulu sebelum pakai. pihak tadika pun satu, dah lah baru februari baru dapat baju, pas tu bagi semalam, expect hari ni dah pakai. tentulah ada jenis org yg akan basuh dulu baju tuh mcm kami ni. dan satu lagi, kitorang dah beli 2 pasang, tp dpt sepasang. mesti cara pemberian baju tu main pukul rata jer. disebabkan hari ni lewat, dan pasal baju tu, mood aku cam biasalah..tak betul sikit. munkin nak bejot kut, maka si mama afif ni pun moody juga lah depan cikgu2 tuh. moga2 mrk tak perasan. sekarang rasa nyesal. bukan krn apa, tp kerana benda kecil, tp kenapa rasa marah boleh meluap2. tp sekarang dah cool. one thing about me ialah cepat cool....

oh ya pasal lewat tu, sbb jalan bwh highway dekat IPI dah tutup sementara......since 14feb hari tu. hopefully, hasil 'pembaikan' jalan tu berbaloi...maklumlah, lama juga masa diambil. kalau tak silap until 24th feb.....

Friday, February 6, 2009

Sedih dengan apa yang berlaku di Perak

Tak suka dengan perkara yang berlaku.....info cerita hanya dr utusan, berita, the star dan harakah...selain tv..

in my humble opinion, kalau pakatan kekal...maka...sorry to say, akan terpapar di dada akhbar (harakah) dgn kata2 yang tak sedap dibaca....sedikit angkuh etc...tp dgn apa yg berlaku sekarang ni, mereka kelihatan desperate jer....kekadang saya terfikir.....lupaker ttg masalah rakyat sekarang...dengan kehilangan kerja...harga barang etc...

barisan pulak...sorry to say, kemenangan tak membanggakan apa lagi utk menjadi kayu ukur kepada sokongan rakyat.....apa salahnya kekalkan mb tu....kenapa 2 pakcik dun x-pkr tu boleh diambil kira....mrk ada kes rasuah, profile tak baguih, ...bila dah dibuang parti sendiri, logiknya tentulah mrk tak bagi sokongan ......dan barisan ni pun sama....kelihatan lupa dengan masalah rakyat....apa lagi masalah palestin nun...

Sedih dgn apa yg berlaku...

Tuesday, February 3, 2009

alternatif kepada minuman milo-nestle

tatkala harga milo naik dulu ramai betul bising.... di petronas harganya rm1.90. susah nak lepaskan milo bg sesetengah org, sebagaimana org nak lepaskan kopi..atau nescafe...atau rokok??? (btw rokok haram bagi sesetengah negeri/negara) so minuman milo ni mmg melekat dlm diri kita sebagaimana ubat gigi colgate...so apa kata....kita cuba brang lain....sekarang ada HPA Koko...sedap tau..dah beli...dan semalam dengar kat radio ikim, ada produk koko campur dgn serbuk tamar keluaran muslim choice...marilah kita try lari dr milo....alternatif lain vico, ovaltine may be...tak pasti but boleh check. buatan malaysia plus halal ker tidak...boleh check....

Thursday, January 22, 2009

banyak kerja nak disiapkan

memang banyak kerja nak disiapkan..aku tutup mata jer..kalau tak, tak tahulah...kepala boleh jadi berat memikirkannya.....tak lama lagi cuti tahun baru....hopefully, after cuti, ada something yang boleh kutunjukkan pada supervisor. ya Allah, bantulah hamba mu ini menyiapkan kerja yang diamanahkan, AMIN.....

Tuesday, January 13, 2009

Boycotting US products won’t work

Itu adalah tajuk tulisan dalam the star. Penulisnya ada lah dari pembaca. Daripada nama, islam orangnya. Tak faham kenapa dia tak faham. bUkan ker sekarang banyak sumber untuk tahu mana satu produk Israel DAN sekutunya. Aku tak pandai nak menulis lah (tu sbb belajar menulis blog, tujuan ..latihan menulis)tetapi memang byk produk israel di dalam pasaran, dan yang kita guna seharian. Syarikat2 tersebut telah memberikan sumbangan dlm pembangunan negara israel seperti R&D dan pelbagai lagi. Antara website boleh dirujuk http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php#companies

Kenapa nak menghalang orang memboikot. Apa salahnya nak mencuba. Tak sampai kebulur kalau kita tak mkn burger McD tu. Tak juga kebulur kalau kita tak makan biskut Danone tu. Apa lagi tak dahaga kita tak minum Coke tu....Are you referening kepada malaysian yg kerja di company2 tu? Ya Allah...Bukan ker Allah tu MAHA pEMURAH..MAHA PENYAYANG. INsyaAllah, ada rezeki dia di tempat lain. Yang penting kita kena bersatu. Bab memboikot, kita cuba buat mana yg mampu....cubalah.....

Friday, January 9, 2009

cerita pagi ni...

agaknya bulan nak mengambang kut, mood semacam jer, rasa marah jer. dan mudah nak melenting...puncanya...LEWAT..so terpaksalah hubby jln kaki, anak sampai lewat, siap tak bawak kasut lagi, maknya yang nangis........kereta jadi mangsa....pandu laju selaju bolehlah...rasa bengang jer bila ada yg bawak keta hegeh2..sori yer...pemandu perm lelaki sama jer.....lelaki ada yg hegeh2. oblivious..mcm dia punye jln jer..ada ka bawak 'makan angin' pada waktu2 cam ni....argh malas nak ckp pasal driver ni...semua lebih kurang...paling bengkek ialah tak tau nak guna signal..hendak jer aku ambil batu penggal jer ke lampu keta tu...

geram betul.....