Saturday, March 28, 2009

masa depan yang menakutkan

semalam, ima, my sister tunjukkan a few clip video dalam you tube. keywords pelajar perempuan bergaduh. masyaAllah.....banyaknya...teruknya pelajar..anak muda melayu sekarang. tengok pelajar melayu..sahaja..tak tgk yang lain since yang melayu ni pun cukup meloya, mengjengkel, merisau, menakutkan aku....bagaimana pelajar, anak belasan tahun ni , perempuan boleh jadi macam tu. bergaduh di bahu jalan. bukan sekadar bergaduh, siap bertumbuk, sepak terajang, tudung di kepala habis tercabut...ganasnya....dan bukan sahaja berlaku di bandar, malah di kawasan kampung.2.. dan yang paling memalukan, antara punca gaduh adalah kerana rebut teman lelaki...waduh. kecil lagi dah pandai......semua tak fikir masa depan....apa lagi fikir pasal mati.....

zaman berubah...tp perubahan yang berlaku adalah menakutkan...kalaulah aku mempunyai kuasa, memegang tampuk pemerintahan, aku berkuasa membuat arahan, antara agenda utama ialah selesaikan masalah remaja ni..pastikan usaha yang gigih, berterusan beserta penguatkuasaan. dan juga kenal pasti remaja2 tersebut...every single one...didik mereka, asuh mereka...sedarkan mereka.....memang macam impposible....tp kita kena buat.

saya pasti, kalau kita perhatikan atau selidiki, siapakah ibu bapa atau penjaga kepada remaja-remaja ini, itu ada yang tidak kena..sama ada tak mengambil tahu hal anak2, sibuk mencari duit...(kita selalu fikirkan keluarga kaya, perniagaan besar-besar, pernah tak kita fikir, ibu bapa yang tak kisahkan anak ni juga terdiri dari golongan peniaga kecil....penjual nasi lemak, penjual kuiah ata dpenjual di pasar malam. sibuk nak cari duit tp terabaikan anak2. tak tahu anak pergi mana atau terlalu banyak membuat assumption, anak dia baik sbb dah dihantak ke sekolah agama) , ataupun perangai mereka, atau sejarah lama mereka, baru kita tahu mcmn anak boleh kadi macam ni....but..anak2 jgn nak menyalahkan ibu bapa..dah mumaiyiz, dah dapat fikir mana yang baik, mana yang buruk.....seharusnya tak berlaku perkara-perkara yang menyalahi agama dan moral...oklah..bila tgk video clip tu, rasa sesak nafas dibuatnya....risau akan anak yang bakal ke alam persekekolahan.....Ya Allah, lindungilah kami, keluarga kami, dan umat islam umumnya daripada perkara-perkara buruk lagi hina...Amin.

Friday, March 27, 2009

Earth Hour Malaysia

Sebelum Sydney, saya pernah terfikir bagaimana kalau dunia sepakat, offkan electricity for a certain time, and look what will happen. So Sydney did...And us will follow on this saturday....offkan at least semua lampu for an hour. 8.30-9.30pm. Lets do it. Together.

Thursday, March 19, 2009

Day 4 bersama JDM5

Hari ni lupa bawa jus ke ofis. So cadangnya lewat ptg ni minumlah lah , kat rumah. So far ok kut. Actually susah betul nak ikut menu ketat JDM3 tu..cuma pastikan jumlah kalori intake jer kut.....terlebih sikit2 tu adalah kut....but this morning penimbang kat rumah tu kata 64kg...kira satu pencapaian jugaklah ...tp tak caya sgt dgn penimbang ni..sbb +-500gm tu mmg biasa. so ptg ni kalau timbang ntah berapalah..sbb total kalori intake hari ni dah agak byk ..dah 1000kkalori....minggu ni pulak balik kg..tak tahu mcmn..tak seronok juga diet makan bila kat kg...munkin tak amik jdm masa weekend ni, just kurangkan separuh makan dari biasa...memadailah kan?

Wednesday, March 18, 2009

Sekolah diarah rampas telefon bimbit

Antara tajuk berita hari ni. Setuju sangat. Patutnya dah lama perkara ni dikeluarkan. Hp ni mcm aksesori. Barang kemas. Boleh berlaku kecurian di dalam kawasan sekolah. Luar sekolah apa lagi. Sebagaimana pelajar perempuan tak boleh memakai barang kemas ke sekolah begitu juga dgn hp. Mahal tu.....satu lagi, harga hp pelbagai....ada murah, ada mahal,...dan tak semua pelajar ke sekolah bawak hp...bukan ke iini menggambarkan status latar belakang keluarga yg berbeza. mcm sorang pemanggil dalam radio IKIM pagi tadi, 'NAK MENUNJUK EK.' kata seorang ibu anak lima. alah...biasanya org miskin yg suka berlagak, org kaya biasa2 jer mcm org kg ke bandar yg lebih bandar dari org bandar'i, itulak kata2 yg balas balik bila kita sebut pasal berlagak...anyway apa gunanya pakai pakaian seragam sekolah....

memang, anak masih bersekolah tadika...tp bila kerajaan kata, jgn bawak hp..saya ok. setuju kerana tak sanggup tgk bebudak sekarang, yg belum masanya tertengok benda2 yg tak patut dilihat...lama2, tak sengaja jadi biasa,, itu yg saya tak mahu...saya tak mahu jiwa yg suci bersih ini tercemar dengan perlakuan tak senonoh dlm telefon bimbit.....mrk tak buat..tp dapat juga tgk..sbb ...kawan forward...atau ntah sape2 forward....lagi satu, masa sekolah, 7.30am sampai 1.30pm..straight budak disekolah, kalau kita tgk jadual, mana ada gap antaranya, kecuali waktu rehat utk mkn.so bila masa kita nak call dia, dan bila masa dia nak call kita....dia bersama kawan2 dan cikgu2 disekolah......BELAJAR. So, ibu bapa boleh pastikan keselamatan dia di luar sekolah. Guru2 diamanahkan menjaga pelajar di dalam kawasan sekolah. Ibu bapa pastikan dia sampai kesekolah. Dan tak ponteng. Ambil tahu dgn cikgu2. Ntah2 anak ponteng sekolah ker, bergaduh ker, kena buli ker etc. Pastikan anak balik pada waktunya. Keyword kat sini, AMBIL TAHU, AMBIL BERAT. Ambil tanggungjawab.

Btw, kalau ada hp, langkah anak2 ni pjg sikit. Masa sekolah boleh bincang utk ponteng kelas. Senang. Network katakan....

Tu lah dia.kita ibu bapa just tak bagi anak bawak hp ke sekolah jer...masa2 lain terpulanglah. Nak bagi 2 3 hp pun apa salahnya. Anak memasingkan....Ada caller IKIM.FM tadi...seorang bapa sarankan ada GPRS dulu sblm ban kan hp. Ridiculous idea betul...Nampak sgt seorang bapa yg mals buat kerja. Nak mudah jer..... Tetiba saya terfikir, no ..saya melihat kelakuan org dewasa, yg saya percaya mempunyai anak2 yg sedang membesar.....tak memberi teladan yg baik. baran, tak rasional, menipu, kaki ponteng, membodek, buang sampah merata2 dan seribu satu mcm masalah..tu belum lagi dari segi main kayu tiga, kayu empat kayu lima dan mcm2... tu sbbnya kita lihat anak2 ni perangai nyer mcm tu..bapak borek anak rintik katakan....oklah
teman byk kerja..byk benda nak tulis.tp idea berterabur..susah juga menulis ni kan?

Monday, March 16, 2009

Day 1 with Jus MATE 5

Hubby yang belikan. Suruh aku kurus. Yelah, munkin dah tak larat lagi tgk muka dan badan tembam + tembun ni. So apa lagi terimalah dengann nyiru yang ditadahkan. Sbb mmg teringin nak kurus, dan org dah tolong belikan some more. So cuba jelah dan hari ni adalah day 1. Setiap kotak ada 20 paket kecil. Maknanya 1 kotak tahan 20 harilah. Kononnya kalau ikut saranan diet JM5 dengan betul boleh turun antara 5-10kg bagi setiap kotak. Byk tu in 20 days. Hmmmmm the iklan is too good to be true. Tp kita cuba ok? So pagi tadi minum alpja lipid cam biasa. Amboi.....mahalnya gaya hidup baru sekarang...lum makan lagi..tp kul 10am ni ada seminar, meaning ada kuih2...mkn sikit....apa salahnya kan....oklah tgklah macam mana hari ni...dapat tak teman berpuasa hanya dgn 1000kcal per day?

Wednesday, March 11, 2009

Beza klinik melayu, klinik india

Tekanan darah tinggi mak agak tinggi. Doktor kat hospital suruh mak check tekanan darahnya every two tree days. Di tempat baru di Seri Iskandar mak dan bapak nak cuba tiap tiap klinik yg ada. Mula-mula mak dan bapak try gi klinik doktor nya berbangsa india. Untuk check tekanan darah. "Berapa bayarannya?' tanya mak. Doktor tu cakap, 'Tak payah bayar.' Lega mak dan bapak....Well next few days, bapak kata kita try klinik ni pula. Klinik doktor berbangsa melayu. Sekali lagi, berapa bayarannya, mak tanya. '4 ringgit'. Ha tu dia.....Memang tak banyak, tp ada chargenya utk servis membaca tekanan darah.

Bukan nak membezakan ke apa. Tapi just nak memberitahu, kita jangan ingat bangsa lain tu semua mencekik darah. Semua nak duit jer. Pernah sekali, ku dibantu oleh seorang yg berbangsa cina untuk naikkan cermin kereta (cermin tak boleh naik) tanpa bayaran di kedai kat kawasan bangi.

Kesimpulannya, manusia sama sahaja. Ada yang baik dan ada yang jahat. Jahat atau baik seseorang tu bukan ditentukan oleh bangsa. Bersangka baik, insyaAllah kita dilindungi.

Tuesday, March 3, 2009

Zakat pendapatan bagi yang Cuti Belajar....

Just nak maklumkan kepada yang masih keliru ...petikan emel dari MAIS.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Untuk makluman pihak puan, elaun yang diterima adalah termasuk sebagai pendapatan. Sekiranya elaun tersebut telah cukup haul (tempoh setahun) dan cukup nisab (RM6,400 setahun) maka elaun tersebut wajib dizakatkan. Sekiranya pihak puan kurang jelas dengan penerangan tersebut pihak puan boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di talian 03-55227777 atau layari laman web di www.e-zakat.com.my untuk mengetahui kaedah pengiraan zakat pendapatan. Semoga zakat yg akan / telah dikeluarkan akan mendapat keberkatan rezeki dari Allah S.W.T.
Wassalam.

Bahagian Khidmat Pelanggan
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

First time......

Today, pertama kali kami membenarkan our son join group lawatan tadika. Last year tak benar, this year nak tak nak bagi kebenaran. Kalau tak dibenarkan, takut dia tak dapat exposure macam bebudak lain. so terpaksa yakinkan diri dan hati ni bahawa anak dah boleh jaga diri. Ya Allah, lindungilah anakku dan kawan2 nya dari sebarang bahaya. Amin.