Tekanan darah tinggi mak agak tinggi. Doktor kat hospital suruh mak check tekanan darahnya every two tree days. Di tempat baru di Seri Iskandar mak dan bapak nak cuba tiap tiap klinik yg ada. Mula-mula mak dan bapak try gi klinik doktor nya berbangsa india. Untuk check tekanan darah. "Berapa bayarannya?' tanya mak. Doktor tu cakap, 'Tak payah bayar.' Lega mak dan bapak....Well next few days, bapak kata kita try klinik ni pula. Klinik doktor berbangsa melayu. Sekali lagi, berapa bayarannya, mak tanya. '4 ringgit'. Ha tu dia.....Memang tak banyak, tp ada chargenya utk servis membaca tekanan darah.
Bukan nak membezakan ke apa. Tapi just nak memberitahu, kita jangan ingat bangsa lain tu semua mencekik darah. Semua nak duit jer. Pernah sekali, ku dibantu oleh seorang yg berbangsa cina untuk naikkan cermin kereta (cermin tak boleh naik) tanpa bayaran di kedai kat kawasan bangi.
Kesimpulannya, manusia sama sahaja. Ada yang baik dan ada yang jahat. Jahat atau baik seseorang tu bukan ditentukan oleh bangsa. Bersangka baik, insyaAllah kita dilindungi.
No comments:
Post a Comment