Tuesday, March 3, 2009

Zakat pendapatan bagi yang Cuti Belajar....

Just nak maklumkan kepada yang masih keliru ...petikan emel dari MAIS.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Untuk makluman pihak puan, elaun yang diterima adalah termasuk sebagai pendapatan. Sekiranya elaun tersebut telah cukup haul (tempoh setahun) dan cukup nisab (RM6,400 setahun) maka elaun tersebut wajib dizakatkan. Sekiranya pihak puan kurang jelas dengan penerangan tersebut pihak puan boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di talian 03-55227777 atau layari laman web di www.e-zakat.com.my untuk mengetahui kaedah pengiraan zakat pendapatan. Semoga zakat yg akan / telah dikeluarkan akan mendapat keberkatan rezeki dari Allah S.W.T.
Wassalam.

Bahagian Khidmat Pelanggan
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

No comments:

Post a Comment