semalam, ima, my sister tunjukkan a few clip video dalam you tube. keywords pelajar perempuan bergaduh. masyaAllah.....banyaknya...teruknya pelajar..anak muda melayu sekarang. tengok pelajar melayu..sahaja..tak tgk yang lain since yang melayu ni pun cukup meloya, mengjengkel, merisau, menakutkan aku....bagaimana pelajar, anak belasan tahun ni , perempuan boleh jadi macam tu. bergaduh di bahu jalan. bukan sekadar bergaduh, siap bertumbuk, sepak terajang, tudung di kepala habis tercabut...ganasnya....dan bukan sahaja berlaku di bandar, malah di kawasan kampung.2.. dan yang paling memalukan, antara punca gaduh adalah kerana rebut teman lelaki...waduh. kecil lagi dah pandai......semua tak fikir masa depan....apa lagi fikir pasal mati.....
zaman berubah...tp perubahan yang berlaku adalah menakutkan...kalaulah aku mempunyai kuasa, memegang tampuk pemerintahan, aku berkuasa membuat arahan, antara agenda utama ialah selesaikan masalah remaja ni..pastikan usaha yang gigih, berterusan beserta penguatkuasaan. dan juga kenal pasti remaja2 tersebut...every single one...didik mereka, asuh mereka...sedarkan mereka.....memang macam impposible....tp kita kena buat.
saya pasti, kalau kita perhatikan atau selidiki, siapakah ibu bapa atau penjaga kepada remaja-remaja ini, itu ada yang tidak kena..sama ada tak mengambil tahu hal anak2, sibuk mencari duit...(kita selalu fikirkan keluarga kaya, perniagaan besar-besar, pernah tak kita fikir, ibu bapa yang tak kisahkan anak ni juga terdiri dari golongan peniaga kecil....penjual nasi lemak, penjual kuiah ata dpenjual di pasar malam. sibuk nak cari duit tp terabaikan anak2. tak tahu anak pergi mana atau terlalu banyak membuat assumption, anak dia baik sbb dah dihantak ke sekolah agama) , ataupun perangai mereka, atau sejarah lama mereka, baru kita tahu mcmn anak boleh kadi macam ni....but..anak2 jgn nak menyalahkan ibu bapa..dah mumaiyiz, dah dapat fikir mana yang baik, mana yang buruk.....seharusnya tak berlaku perkara-perkara yang menyalahi agama dan moral...oklah..bila tgk video clip tu, rasa sesak nafas dibuatnya....risau akan anak yang bakal ke alam persekekolahan.....Ya Allah, lindungilah kami, keluarga kami, dan umat islam umumnya daripada perkara-perkara buruk lagi hina...Amin.
No comments:
Post a Comment