Thursday, September 15, 2011

Perginya orang tersayang

Pagi ni, kami dikejutkan dengan email berita kematian. Biasanya kematian parent rakan-rakan senior (sakit tua)...tapi kali ni kematian suami disebabkan kemalangan..bayangkan tadi pagi, makan sama, peluk cium, sekali dia tak ada...kawan ni pulak tgh mengandung anak kedua, yang pertama belum lagi dua tahun...kasihan sangat ..

Teringat kata-kata yang selalu didengar tapi jarang ambil pot sangat..."beramallah banyak2 dalam bulan ramadhan, tahun depan belum tentu kita ketemu lagi".......mati menjemput tidak kira usia....bila2 masa sahaja.....kita semua ini hak Allah..bila2 masa Dia boleh ambil...cuma kita memang mudah lupa....siapa kita...tujuan kita hidup ....bila kita kenal diri kita, sedar siapa kita..apa tujuan kita...kita akan lebih bersabar dan redha akan qada dan qadar menghadapi segala dugaan kerana kita tahu kita hanyalan seorang hamba.

Moga Sal tabah menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Al fatihah......