Tuesday, February 17, 2009

lewat lagi

hari ni lewat lagi menghantar anak. biarpun tak selewat semalam, tp lewat juga. semalam lagilah lewat, siap pagar dah kunci lagi....walaupun, pihak tadika dulu mention pagar akan dikunci pukul 9am, tp diorang kunci awal. ada rasa kesal jugak kat hati. tapi..apa2 pun like my hubby said, our fault. mmg kami lewat.

dan hari ni pun lewat juga tp pagar belum kunci lagi. anakku pula buat muka extra monyok sbb baju dia lain dari pelajar lain..aku pakaikan baju lama sbb baju baru dia kubasuh....dia dpt semalam....biasa kitorang basuh dulu sebelum pakai. pihak tadika pun satu, dah lah baru februari baru dapat baju, pas tu bagi semalam, expect hari ni dah pakai. tentulah ada jenis org yg akan basuh dulu baju tuh mcm kami ni. dan satu lagi, kitorang dah beli 2 pasang, tp dpt sepasang. mesti cara pemberian baju tu main pukul rata jer. disebabkan hari ni lewat, dan pasal baju tu, mood aku cam biasalah..tak betul sikit. munkin nak bejot kut, maka si mama afif ni pun moody juga lah depan cikgu2 tuh. moga2 mrk tak perasan. sekarang rasa nyesal. bukan krn apa, tp kerana benda kecil, tp kenapa rasa marah boleh meluap2. tp sekarang dah cool. one thing about me ialah cepat cool....

oh ya pasal lewat tu, sbb jalan bwh highway dekat IPI dah tutup sementara......since 14feb hari tu. hopefully, hasil 'pembaikan' jalan tu berbaloi...maklumlah, lama juga masa diambil. kalau tak silap until 24th feb.....

No comments:

Post a Comment