Monday, January 18, 2010

beg plastik oh, beg plastik...

Minggu lepas, mentuaku mengomel pasal penggunaan beg plastik di Giant. Tak puas hati bila 1 beg plastik kena bayar 20sen. Walaupun sedar bahawa bahayanya beg plastik pada alam sekitar, tetapi masih tak puas hati, katanya, mesti Giant ambil untung. Terdiam, dan cuba memahami situasi...

Apa yang boleh kubuat kesimpulan adalah...(cewah..) rakyat patut diberi lebih penerangan dan kesedaran akan betapa tak baiknya penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian. Memang susah nak beri penerangan pada orang tua, orang muda yang dah biasa dengan plastik. Hatta, walaupun tak perlu, masih meminta beg plastik. Tengok sajalah berapa lapis plastik digunakan untuk membungkus barang basah( teringat kat kedai di kampung dolu2, bila ikut tuk beli ikan, udang, dibungkus dgn surat khabar jer). Mmm..memang susah nak mengubah bila perkara tu dah menjadi kebiasaan...

Malas nak cerita panjang2, just beginilah.....perubahan yang dibuat hendaklah bersama2....kempen mestilah besar-besaran. tak delah orang terkejut/marah-marah bila diminta beli beg plastik di kaunter bayaran. Sebab orang dah faham, dah jelas..... kalau boleh letak harga rm1 untuk beg plastik tu (ada yang marah ni ;)), supaya orang beringat bawa beg sendiri dari rumah....

-benda yang baik hendaklah diteruskan...jangan patah semangat.demi generasi akan datang.....

http://news.nationalgeographic.com/news/pf/80107147.html

No comments:

Post a Comment